BERITA TERGEMPAR   10 disahkan maut dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut - TLDM | TLDM mohon orang ramai tidak tularkan video helikopter terhempas demi jaga sensitiviti keluarga, proses siasatan | Two helicopters collide in mid-air at Lumut Naval Base - Perak Police Chief | Dua helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut - Ketua Polis Perak | 
AM

BEKAS KSN DR ISMAIL BAKAR DILANTIK PENGERUSI EAIC - PM ANWAR

20/02/2024 05:40 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguakuasaan (EAIC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Feb lepas sehingga 31 Jan 2027.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham pula dilantik Timbalan Pengerusi EAIC.

Turut dilantik menganggotai EAIC ialah Datuk Seri Dr Yusof Ismail; Datuk Seri Dr Razali Ab Malik; Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Siti Zainab Omar.

"Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Jan lepas, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

"Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan," katanya.

Anwar dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Tan Sri Sidek Hassan; Tan Sri Datuk Zainun Ali; Tan Sri Mahmood Adam; Tan Sri Datuk Wira Aziah Ali;  Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin; Datuk John Louis O'hara dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 30 Jun 2023. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan