AM

Shopee Lancar Kempen "ramadan Bersama Shopee" Bermula Hari Ini

20/02/2024 05:49 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Shopee melancarkan kempen “Ramadan Bersama Shopee” hari ini dengan sasaran menjadi platform pilihan utama pengguna mendapatkan barangan keperluan Ramadan. 

Pelbagai tawaran hebat termasuk “Kemudahan Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum”, “Promo Ramadan Super Seringgit” dan “Lebih Nilai Untuk Penjawat Awam dengan Ganjaran Ekstra 2 Hari” dan baucar diskaun sehingga 70 peratus di Shopee Live ditawarkan oleh platform e-dagang itu sepanjang kempen yang berlangsung dari 20 Feb hingga 18 Mac 2024.  

“Promo Ramadan Super Seringgit” mengetengahkan barangan terpilih pada harga RM1 setiap hari pada 12 tengah hari. Daripada baju raya berjenama eksklusif oleh Jovian dan Zoffya kepada makanan tradisi dan alatan moden, tawaran ini membawakan nilai dan penjimatan hebat, memastikan persiapan Ramadan anda senang dan berbaloi,” demikian menurut kenyataan itu. 

Selain itu, pengguna juga boleh menyertai “Peraduan Ubah Suai Rumah untuk Raya Shopee” dan untuk memenangi ubah suai ruang tamu idaman berjumlah RM10,000 sempena Hari Raya Aidilfitri, tawaran lebih nilai untuk penjawat awam.

 “Sehingga 3 Mac, setiap pembelian RM30 atau lebih terhadap barangan Rumah dan Gaya Hidup di Shopee membolehkan anda menyertai peraduan ini. Anda cuma perlu isi borang ini dan hantar sekeping gambar ruang tamu anda dan berbelanja RM30 terhadap barangan Rumah dan Gaya Hidup di Shopee untuk menyertai,” menurut kenyataan itu. 

Shopee juga menawarkan kuiz Ramadan dan pencarian baucar pada 25 Feb pada 12 tengah hari dan 3 petang untuk menjawab soalan berkaitan Ramadan bagi Shopee Coins dan baucar.

“Dari 26 Feb, sertai Pencarian Baucar Ramadan iaitu anda perlu menyelesaikan kod dan teka-teki untuk mendapatkan baucar eksklusif untuk diskaun, penghantaran percuma dan pelbagai promo lain dengan melengkapkan cabaran harian,” katanya.

Tidak mengetepikan golongan kurang bernasib baik, Shopee turut membawa kempen “Memberi Kembali Kepada Komuniti: #ShopeeGivesBack untuk Ramadan” iaitu inisiatif untuk menyokong komuniti memerlukan dengan kerjasama bersama Mydin bermula Mac.

Melalui inisiatif itu, pengguna boleh turut sama menyokong dengan membeli bungkusan barangan keperluan melalui kedai rasmi #ShopeeGivesBack di Shopee Mall, yang membekalkan barangan makanan harian untuk mereka yang memerlukan. 

“Program Ramadan Bermakna dengan Shopee Live” membawa “Tazkirah Shopee” yang distrim langsung tiga kali seminggu, “Mari Mengaji” setiap dua kali seminggu dan “Menu Iftar Shopee” yang membawakan persiapan hidangan makanan unik yang dicipta cef terkenal, berstrim langsung tiga kali seminggu. 

Melalui tawaran “Promo Sahur 5 Pagi dan Promo Moreh 10 Malam” pula pengguna boleh mendapatkan promosi ekstra semasa sahur dan moreh bermula 12 Mac.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan