KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini di Istana Negara.
Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri 'GOLD' sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 bermula 1 hingga 5 Feb lepas.
Loke sebelum ini berkata bidaan bagi siri NPI bertujuan untuk menambah hasil negara, menyaksikan kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial