SUKAN

Tfc Pinjamkan Dua Pemain Ke Pasukan Lain

18/02/2024 06:10 PM

KUALA NERUS, 18 Feb (Bernama) -- Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas berkata dua pemain berkenaan ialah tonggak pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar dan pemain sayap, Faiz Nasir yang mendapat jolokan “Messi Ganu”.

Beliau berkata Arif Fadzilah hampir pasti dipinjamkan ke Kuching City FC (KCFC) selama satu musim iaitu sehingga tamat Liga Malaysia (Liga M) April tahun depan.

"Kelantan United FC (KUFC) berminat mendapatkan khidmat Faiz Nasir, tetapi masih dalam proses rundingan kerana KCFC juga menaruh minat sama," katanya ketika ditemui selepas majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) di Gong Badak hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ahmad Azhan Suhaili @ Ismail.

Sementara itu Ahmad Azhan berkata syarikatnya berminat menaja TFC kerana pencapaian membanggakan pasukan itu musim lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan