AM

Wanita Warga Asing, Kanak-kanak Oku Maut Dalam Kebakaran

17/02/2024 01:09 PM

SIBU, 17 Feb (Bernama) -- Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata wanita itu dikenali sebagai Marites, berusia 40 tahun manakala identiti dan jantina kanak-kanak terbabit belum dikenal pasti. 

Beliau berkata kedua-dua mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah pertama yang terbakar 100 peratus.

"Mayat diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.05 pagi dan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digegaskan ke lokasi.

Kejadian katanya turut menjejaskan 10 penghuni lain, namun punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan