AM

Sultan Perak Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih Rm1.3 Juta

15/02/2024 04:06 PM

IPOH, 15 Feb (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima zakat perniagaan daripada tiga syarikat korporat bernilai RM1,317,554 bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

MAIPk dalam kenyataan memaklumkan penyerahan itu didahului CIMB Islamic Bank Berhad yang diwakili Pegawai Kanan Perbankan, Kumpulan Perbankan Borong, CIMB Bank Berhad, Zainul Bahrin Hashim dengan zakat berjumlah RM600,000.

Penyerahan itu disusuli Telekom Malaysia (TM) diwakili Pengurus Besar Regulatory and Engagement TM Perak Badrul Hisham Bahari dengan jumlah RM542,590.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah THP Utara Facilities Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi THP Utara Facilities Sdn Bhd  Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar dengan jumlah zakat sebanyak RM174,964.

Turut hadir Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Wan Maizura Wan Zahari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan