AM

Jasad Mangsa Nahas Pesawat Terhempas Di Kapar Selamat Disemadikan

15/02/2024 03:06 PM

SHAH ALAM, 15 Feb (Bernama) -- Jasad juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran hari ini.

Suasan suram dan sedih menyelubungi upacara persemadian mendiang Daniel Yee yang diadakan secara tertutup di Nirvana Memorial Park, di sini pada kira-kira 12 tengah hari, dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan yang berpakaian serba hitam dan putih bagi memberi penghormatan terakhir.

Di Johor Bahru, jasad mendiang Roshaan turut diberikan penghormatan terakhir secara tertutup sebelum dibawa dari rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang ke Krematorium Hindu Johor Bahru pada 12.40 tengah hari untuk upacara pembakaran

Hujan renyai mengiringi upacara di krematorium itu yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga

Roshaan dan Daniel Yee maut dalam insiden pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas  di Kampung Tok Muda, Kapar, pada 1.45 tengah hari, dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan