JENAYAH & MAHKAMAH

Pesawat Terhempas: Caam Sahkan Terdapat Dua Mangsa Termasuk Juruterbang

13/02/2024 04:57 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua mangsa termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat ringan model BK 160 Gabriel, semasa ia terhempas di Kapar, Selangor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan memaklumkan, keadaan kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Beliau berkata sebelum kejadian, pesawat dengan nombor pendaftaran I-POOC yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya.

Beliau berkata Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan