SUKAN

Hoe Yean Gagal Ke Final

11/02/2024 05:08 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Perenang lelaki negara, Khiew Hoe Yean gagal melayakkan diri ke final acara 400 meter (m) gaya bebas selepas menduduki tempat ke-21 daripada 56 perenang pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan perenang berusia 21 tahun itu gagal menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 bagi acara berkenaan.

Pada saingan di Pusat Akuatik Hamad di Doha, Hoe Yean hanya mencatat masa 3 minit 49.14 saat (s) untuk menduduki tempat ke-21 di peringkat saringan.

Hanya lapan perenang terbaik layak ke final acara itu.

Layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, Hoe Yean perlu sekurang-kurangnya menepati masa kelayakan iaitu 3:46.78s. 

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja tahun lalu itu selepas ini akan beraksi bagi acara 200m, 800m dan 1500m gaya bebas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan