AM

AZALINA, FAHMI PENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA BERKAITAN JENAYAH SIBER

05/02/2024 11:55 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian.

Azalina berkata inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu adalah bagi menangani isu berkaitan jenayah siber selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan rakyat di alam siber tidak terus terancam.

"Perkhidmatan dalam talian pada masa ini merupakan satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian. Perkembangan ini telah membuka banyak peluang baharu terutama dalam bidang perniagaan sekali gus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa.

"Namun dalam kita menikmati manfaatnya, alam siber kini dieksploitasi sehingga telah menjadi lubuk jenayah siber yang semakin berleluasa dan berada pada tahap yang membimbangkan," katanya di laman X. 

Beliau berkata mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan