AM

Klifaa Terima 1,058 Penyertaan Dari 98 Negara Setakat Ini

01/02/2024 12:36 AM

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) --  Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 11 Ogos ini telah menerima 1,058 penyertaan dari 98 negara sejak membuka penyertaan pada 12 Jan lepas.

Pengarah Eksekutif KLIFAA Zafor Firoze dalam kenyataan berkata pihaknya yakin jumlah penyertaan akan mencapai jumlah tertinggi dalam tempoh tiga bulan ini dengan tarikh tutup penyertaan pada 31 Mei.

Beliau berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan KLIFAA acara budaya global penting selain sebagai platform terkemuka buat pembikin filem, pengamal industri dan penonton di seluruh dunia.

"Kami yakin jawatankuasa anugerah telah melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memastikan KLIFAA 2024 menonjolkan kegemilangan pencapaian dunia perfileman dan ini telah menarik karyawan untuk menghantar karya terbaik mereka," katanya yang berharap untuk menerima lebih banyak penyertaan berkualiti.

Zafor berkata KLIFAA akan turut meraikan kecemerlangan penerbitan filem dan televisyen.

“Fokus kami adalah pada keterangkuman, kepelbagaian dan memupuk impak global melalui penceritaan.  Inilah keunikan kami. Kami membuka ruang kepada kategori seperti Filem Cereka, Drama TV, Dokumentari, Filem Pendek dan Animasi,” katanya.

Mengenai penganjuran acara itu, Presiden KLIFAA Dr Hasan Hamzah berkata pihaknya berhasrat untuk membawa tenaga positif yang memacu industri sekali gus menampilkan karya-karya hebat meskipun berdepan cabaran.  

“Sama seperti Festival Filem Cannes yang membawa harapan kepada industri filem Perancis, kami melihat KLIFAA juga memainkan peranan yang sama dalam membangunkan bakat tempatan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan