AM

TUNKU MAHKOTA ISMAIL TERIMA MENGHADAP AZAM BAKI DI KUALA LUMPUR

30/01/2024 11:05 PM

JOHOR BAHRU, 30 Jan (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung selama sejam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, sebentar tadi.

Pemangku Sultan Johor itu kini berada di ibu negara.

Sultan Ibrahim dijadualkan bertolak dari Istana Bukit Serene, di sini, pada pukul 7.45 pagi esok, untuk ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), sebelum berlepas ke Pangkalan Udara Subang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan