JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga Lemas Mandi Di Kolam Latihan Tentera

26/01/2024 11:20 PM

KUANTAN, 26 Jan (Bernama) -- Dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja lelaki lemas selepas mandi di kolam latihan kereta kebal di sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini hari ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas di kolam sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) itu pada 5.55 petang. 

"Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan remaja lelaki berusia 13 tahun telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans tentera sebelum ketibaan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan. 

"Bomba dimaklumkan bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki masih belum ditemukan menyebabkan operasi pencarian di permukaan air dilakukan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Wan Mohamad Zaidi berkata pihaknya turut membuat kerja mengepam air kolam dengan dibantu pihak tentera. 

Bagaimanapun, pencarian tidak menemukan mangsa lain di kolam itu sebelum kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan selamat di lokasi lain dan diserahkan kepada keluarganya. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan