AM

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Dan Doa Selamat

25/01/2024 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat  di Surau Utama Istana Negara di sini malam ini.

Keberangkatan Seri Paduka yang segak berbaju Melayu cekak musang berwarna oren disambut anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,  paduka anakanda Seri Paduka serta kerabat Diraja Pahang.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menter Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil serta doa selamat yang dipimpin Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disusuli solat Maghrib secara  berjemaah.

Seri Paduka akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari ini.

Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari tahun yang sama.   

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan