SUKAN

Terbuka India: Wei Chong-kai Wun 'bungkus' Awal

16/01/2024 11:30 PM

NEW DELHI, 16 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh pasangan rangking ketujuh dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada saingan kejohanan badminton Terbuka India di sini, hari ini.

Beregu negara yang berada di ranking ke-18 dunia tewas 21-16, 15-21, 13-21.

Sementara itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan pasangan Amerika, Syarikat,  Annie Xu-Kerry Xu 11-21, 21-17, 21-13.

Pada pusingan kedua esok, Vivian-Chiew Sien akan berdepan beregu Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam  yang mudah mengalahkan wakil tuan rumah, Rutaparna Panda-Swetaparna Panda 21-6, 21-7.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan mudah melepasi halangan pertama apabila menewaskan gandingan Perancis,Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-12, 21-15.

Soon Huat-Shevon bakal menentang pemenang perlawanan  antara wakil China, Cheng Xing-Zhang Chi dan Reginald Lee-Ng Tsz Yau dari Hong Kong.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan