AM

Pelajar Kptm, Uptm Perlu Mahir Digital Seiring Perubahan Teknologi Terkini

13/01/2024 07:49 PM

IPOH, 13 Jan (Bernama) -- Pelajar Kolej Poly-Tech MARA dan University Poly-tech Malaysia (UPTM) perlu dilengkapi dengan kemahiran digital, daya kritis terhadap maklumat dan keupayaan untuk beradaptasi dengan perubahan teknologi yang cepat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., Radzuan Razali berkata antara cabaran utama membentuk generasi pelajar cemerlang secara holistik dalam era teknologi tanpa sempadan adalah memastikan integrasi seimbang antara kemajuan teknologi, pembangunan aspek sosial dan keperibadian.

"Cabaran ini memerlukan sistem pendidikan yang holistik dan inovatif yang dapat merangsang perkembangan pelajar dalam pelbagai dimensi, menyokong keupayaan mereka untuk berfikir kritis, berkreativiti, dan menjadi individu yang berdaya maju dalam masyarakat.

"Mengatasi cabaran ini, kita dapat mencapai tujuan membentuk generasi pelajar yang tidak hanya cemerlang dari segi akademik tetapi juga secara holistik dalam aspek sosial dan peribadi," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar (MAKHEP) KPTM dan UPTM, di sini hari ini.

Katanya, pelajar di KPTM Ipoh yang sentiasa aktif menyertai pertandingan inovasi dalam dunia digital yang sesuai dengan fokus program akademik di cawangan itu adalah amat membanggakan.

  -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan