IPOH, 13 Jan (Bernama) -- Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham bukan ahli mana-mana parti politik, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
“Bukan ahli parti politik, kami juga masih menyiasat motif kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
Mohd Yusri turut berkata pihaknya juga masih belum memperoleh keputusan air kencing lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam itu.
Semalam, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan kira-kira 4 pagi semalam dan direman hingga Selasa bagi membantu siasatan.
Polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial