SUKAN

33 Bot Sertai Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2024

12/01/2024 06:02 PM

ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Sejumlah 33 bot dengan lebih daripada 250 peserta akan mengambil bahagian dalam Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2024 yang bermula dari Isnin ini hingga 20 Jan.

Dalam satu kenyataan hari ini, RLIR berkata kejohanan tahun ini juga akan melakar sejarah dalam penganjuran acara ini yang memasuki edisi ke-20.

“Acara di Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi akan menyaksikan sebanyak 33 bot dari Malaysia, Thailand, Denmark, United Kingdom, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, New Zealand, China dan Vietnam. 

Terdapat tujuh kelas pertandingan dalam RLIR - Perlumbaan, IRC1, IRC2, Multihull, bot lumba, Kelas Kelab, dan ‘Ocean Rover/White Sail’ dan pemenang setiap kelas akan dihadiahkan piala berprestij,” kata RLIR.

Selain itu, pasukan terbaik dengan semangat kesukanan sama ada di darat dan di air akan menerima  “Tunku Abdullah Sportsmanship Award”.

Sementara itu, acara tahunan yang terkenal ini juga menyasarkan untuk meletakkan Malaysia dan Langkawi sebagai destinasi utama pelayaran selain menggalakkan pelayaran dan melonjakkan pelancongan sukan di negara ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan