DUNIA

Arab Saudi Terus Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin

06/01/2024 12:15 PM

RIYADH, 5 Jan (Bernama-SPA) -- Pesawat ke-37 yang membawa bantuan kemanusiaan Arab Saudi yang dikendalikan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Jumaat berlepas dari Riyadh menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di Mesir.

Bantuan seberat 23 tan terdiri bekalan makanan, khemah perlindungan dan ubat-ubatan untuk dihantar kepada penduduk Palestin yang terjejas di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Arab Saudi.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peranan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Palestin yang sedang menghadapi pelbagai krisis. 

-- BERNAMA-SPA  

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan