SUKAN

Fam Umum Skuad Harimau Malaya Galas Cabaran Di Qatar

03/01/2024 10:42 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 26 pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang akan beraksi pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb ini.

Kesemua 26 pemain itu adalah yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 26 Dis lepas sekali gus menyaksikan Pan Gon tidak membuat sebarang perubahan menjelang kejohanan berprestij itu.

Daripada 26 pemain yang dibawa, tiga merupakan penjaga gol, sembilan pemain pertahanan, enam pemain tengah dan lapan penyerang termasuk pemain naturalisasi terbaharu Romel Morales.

Malaysia, pasukan di ranking dunia ke-130 diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan (87), Bahrain (86) dan juara dua kali Korea Selatan yang merupakan pasukan ke-23 dunia.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia akan memulakan saingan kumpulan menentang Jordan di Stadium Al Janoub pada 15 Jan (1.30 pagi 16 Jan waktu Malaysia), Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad (20 Jan) dan aksi terakhir bertemu Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Ini merupakan kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

Sebagai aksi pemanas badan, anak buah Pan Gon yang tiba di Doha seawal 1 Jan lepas dijadual bertemu Syira pada perlawanan persahabatan antarabangsa di sana pada 8 Jan ini.

Berikut senarai akhir 26 pemain skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb:

 

Nama Umur Posisi
Muhammad Azri Ab Ghani 25 Penjaga Gol
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed 28 Penjaga Gol
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 22 Penjaga Gol
Matthew Davies 29 Pertahanan
Shahrul Mohd Saad 21 Pertahanan
Daniel Ting 32 Pertahanan
Muhammad Syahmi Safari 26 Pertahanan
Dominic Tan 27 Pertahanan
Junior Eldstal 33 Pertahanan
Dion Cools 28 Pertahanan
La’vere Lawrence Corbin-ong 33 Pertahanan
Ahmad Khuzaimi Piee 31 Pertahanan
Stuart John Wilkin 26 Tengah
Endrick Dos Santos 29 Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba 27 Tengah
Brendan Gan 36 Tengah
Mohd Afiq Fazail 30 Tengah
Natxo Insa 38 Tengah
Mohamad Faisal Abdul Halim 26 Penyerang
 Darren Lok 34 Penyerang
Muhammad Safawi Rasid 27 Penyerang
 Arif Aiman Mohd Hanapi 22 Penyerang
Mohamadou Sumareh 30 Penyerang
Paulo Josue 35 Penyerang
Muhammad Akhyar Abdul Rashid 25 Penyerang
Romel Morales 27 Penyerang

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan