AM

WADAR PENJARA MATI MENGEJUT DALAM KERETA

03/01/2024 03:49 PM

KOTA BHARU, 3 Jan (Bernama) -- Seorang wadar Jabatan Penjara Pengkalan Chepa ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhadapan deretan kedai Pasar Cabang 3, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 10.17 malam mengenai seorang lelaki berusia 45 tahun tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan.

"Pihak kesihatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kematian mangsa pada 10.30 malam dan dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah saluran darah jantung tersumbat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan