JENAYAH & MAHKAMAH

Tawar Khidmat Seks Kepada Polis, Wanita Thailand Didenda Rm1,500

20/12/2023 04:14 PM

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Seorang wanita warga Thailand didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, minggu lepas.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu selepas Miss Nipaporn Pharaphong, 24, mengaku bersalah menawarkan khidmat seks itu kepada anggota polis berkenaan dengan bayaran RM100 bagi sekali perkhidmatan seks di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Imbi di sini pada 10.30 malam, 14 Dis lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie, mewakili tertuduh memohon denda ringan kerana anak guamnya tidak bekerja.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan