AM

Universiti Teknologi Sarawak Anjur Konvokesyen Kali Ke-8, Rai 591 Graduan

17/12/2023 09:24 PM

SIBU, 17 Dis (Bernama) -- Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kali ke-8 yang berlangsung di sini hari ini menyaksikan 297 pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah, 26 bagi Ijazah Sarjana dan 268 bagi Ijazah Sarjana Muda menerima skrol masing-masing.

Majlis itu diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud dan disempurnakan oleh Premier Sarawak yang juga Pro Canselor UTS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketika berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata pendidikan dan pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan tenaga kerja serta memudahkan pergerakan menaik ekonomi di sepanjang rantaian nilai.

Beliau berkata menyedari kesan transformasi pendidikan, Kerajaan Negeri Sarawak teguh dengan komitmennya untuk membantu ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik.

“Komitmen ini dizahirkan dengan inisiatif groundbreaking iaitu menyediakan hadiah percuma kepada lebih 25,000 bakal pelajar di semua universiti dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan mulai 2026.

“Pemikiran ini menggariskan dedikasi kerajaan bagi memupuk peluang pendidikan dan menyemai aspirasi generasi akan datang,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan