BELURAN, 13 Dis (Bernama) -- Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Muanad 3, di sini dijangka bermula tahun depan bagi mengoptimumkan keupayaan loji tersebut, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata loji yang mempunyai kapasiti pengeluaran 11 juta liter sehari itu kini hanya menghasilkan air terawat sebanyak 3.5 juta liter sehari.
"Saya telah maklumkan kepada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya mengambil tindakan segera untuk membuat penambahbaikan dari sudut fizikal iaitu struktur dan operasi serta sumber manusia.
“Kerja penambahbaikan itu dijangka mengambil masa enam hingga 12 bulan dan kosnya akan diperincikan kemudian," katanya kepada pemberita selepas meninjau LRA itu hari ini.
Pada lawatan ke Beluran itu, Shahelmey turut meninjau projek menaik taraf jalan Kompleks Sukan Beluran yang dijangka siap April depan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial