DUNIA

Ioc Benarkan Atlet Rusia, Belarus Ambil Bahagian Sukan Olimpik Paris 2024

09/12/2023 12:12 PM

ISTANBUL, 9 Dis (Bernama-Anadolu) -- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Jumaat memutuskan untuk membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding pada Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai neutral, tanpa bendera, lambang atau lagu kebangsaan, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Lembaga Eksekutif IOC memutuskan atlet neutral individu yang telah layak melalui sistem kelayakan sedia ada Persekutuan Antarabangsa akan diisytiharkan layak untuk bersaing pada Sukan Olimpik Paris 2024 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 

“Atlet neutral ialah atlet dengan pasport Rusia atau Belarus.

"Tiada bendera, lagu kebangsaan, warna atau sebarang pengenalan lain Rusia dan Belarus akan dipaparkan pada Sukan Olimpik Paris 2024 di mana-mana sama ada di tempat rasmi atau sebarang majlis rasmi," menurut IOC dalam satu kenyataan.

IOC berkata atlet yang aktif menyokong perang di Ukraine tidak layak manakala mana-mana kakitangan sokongan yang berbuat demikian juga tidak dibenarkan masuk.

Menurut IOC tiada pegawai kerajaan atau negeri Rusia dan Belarus akan dijemput atau ditauliahkan untuk Sukan Olimpik Paris.

Sejak bermulanya perang, atlet Rusia dan Belarus telah diharamkan atau disekat daripada pelbagai pertandingan di seluruh dunia.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan