AM

711 Mangsa Banjir Pasir Mas Di Empat Pps Pagi Ini

09/12/2023 11:54 AM

KOTA BHARU, 9 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 711 orang daripada 229 keluarga setakat 10 pagi ini, sama seperti direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa sedang berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (70 mangsa, 21 keluarga).

Di SMK Baroh Pial terdapat 167 mangsa daripada 55 keluarga manakala dan SK Gual Periok menempatkan 136 mangsa daripada 41 keluarga 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan