AM

Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri Selama Empat Hari Bermula Ahad Ini

08/12/2023 06:08 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi, ekoran penumpuan angin yang dijangka berlaku di Timur Semenanjung.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut berpotensi berlaku di negeri-negeri lain pada sebelah petang hingga ke malam.

Kenyataan itu turut menasihati orang awam sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi Mycuaca bagi mendapat maklumat yang terkini dan sahih.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan