AM

Kpkm Sedang Kumpul Maklumat Petani Terjejas Banjir - Mohamad

08/12/2023 12:25 PM

BACHOK, 8 Dis (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mengumpul maklumat mengenai golongan petani yang terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata selepas maklumat dikumpul, pihaknya akan memperincikan jenis bantuan yang boleh disalurkan.

“Pegawai-pegawai kita ada di setiap daerah untuk ambil maklumat.

“Itu rutin terutama di Pantai Timur pada setiap kali banjir berlaku,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata setakat ini banjir yang berlaku baru-baru ini, tidak menjejaskan bekalan makanan negara.

“Setakat ini bekalan mencukupi lagipun sekarang baru 8 Dis kalau nak tahu kesan banjir selalunya kita tunggu sampai pertengahan Januari,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan