JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS MOHON BANTUAN KESAN KANAK-KANAK LELAKI HILANG SEJAK OKTOBER LEPAS

06/12/2023 12:34 AM

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya pada  jam 1.30 tengah hari.

Beliau berkata polis menerima laporan kehilangannya pada 24 Nov lepas.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek serta pakaian terakhir adalah baju-T dan seluar trek berwarna hitam semasa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa itu berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

-- BERNAMA


 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan