DUNIA

Kedutaan Turkiye Sambut 'hari Kopi Turkiye Sedunia' Sempena Memperingati Perakuan Unesco

05/12/2023 04:12 PM

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kedutaan Turkiye di Malaysia menganjurkan Hari Kopi Turkiye Sedunia pada Selasa sebagai memperingati ulang tahun ke-10 kopi Turkiye dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2013.

Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yüksel dalam ucapannya menekankan peranan utama kopi Turkiye dalam kehidupan sosial sejak diperkenalkan pada abad ke-16.

“Jenama kopi Turkiye yang telah tersebar di seluruh dunia, telah menjadi sebahagian penting dalam struktur budaya dan sosial masyarakat Turkiye.

“Daripada perspektif gastronomi, Turkiye bukanlah negara pengeluar kopi. Namun kopinya tersebar dalam wilayah Uthmaniyyah yang luas dan melangkaui sempadan ritual, tradisi dan peranannya,” katanya pada majlis yang dihadiri oleh anggota diplomatik, media dan pempengaruh media sosial, di kediaman rasmi Duta Turkiye di sini.

Beliau berkata "setiap kali anda melawat rakan atau keluarga di Turkiye, anda akan ditawarkan kopi Turkiye sebagai minuman selamat datang," dan merupakan tawaran penting dalam majlis perkahwinan, pertunangan dan kelahiran.

5 Dis yang merupakan tarikh pendaftaran Kopi Turkiye dalam senarai UNESCO, disambut sebagai 'Hari Kopi Turkiye Sedunia'.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan