EKONOMI

Muslim Insiders Harap Lebih Banyak Bank Negara Islam Melabur Di Malaysia

05/12/2023 07:00 PM

PETALING JAYA, 5 Dis (Bernama) -- Dewan Perniagaan Muslim Insiders (Muslim Insiders) berharap lebih banyak bank dari negara-negara Islam akan melabur, termasuk membuka cawangan di Malaysia bagi meningkatkan peluang usahawan tempatan menceburi dan mengembangkan perniagaan.

Presidennya Prof (Adj) Adam Richman berkata pembukaan bank-bank dari Qatar dan Dubai yang turut menyediakan produk pelaburan Islam, akan memberi laluan kepada kalangan usahawan serta ahli Muslim Insiders untuk melabur tanpa perlu mengeluarkan modal sendiri.

“Usaha perniagaan tanpa mengeluarkan modal sendiri adalah sesuatu yang diamalkan.

“(Pada masa sama, kehadiran) pelabur yang melabur ini akan turut memberi motivasi atau faktor pendorong bagi usahawan terbabit meningkatkan jualan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Program Persidangan Pemerkasaan Ekonomi Muslim 2024 di sini, hari ini.

Persidangan sehari anjuran Muslim Insiders itu berperanan sebagai platform penting untuk rangkaian, kerjasama dan pertumbuhan perniagaan dalam landskap Ekonomi MADANI di Malaysia dan senario perniagaan bagi 2024.

Muslim Insiders antara lainnya mengangkat usaha-usaha bantuan dalam mendapatkan dana dan suntikan pelabur perniagaan, bantuan guaman, bantuan pengiklanan di media massa serta pelbagai sessi latihan untuk pekerja.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan