GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna pada 5.55 petang.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu disyaki dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut.
"Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pihak polis atau tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial