POLITIK

Prk Kemaman: Menang Di Kubu Sendiri Bukan Sesuatu Luar Biasa - Muhammad Kamil

03/12/2023 10:34 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kemenangan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, yang merupakan kubu mereka sendiri bukan sesuatu yang luar biasa, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Justeru, beliau turut menolak kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya kemenangan Ahmad Samsuri semalam, membuktikan referendum rakyat berpihak kepada kepimpinannya dan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Menang di kubu sendiri bukanlah sesuatu yang luar biasa. (DUN) Pelangai kelmarin tak dikira referendum pula. Lain la kalau menang di (Parlimen) Subang,” katanya menerusi laman X beliau, malam ini.

Muhammad Kamil yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap, Ahmad Samsuri akan menjadi pemangkin untuk ahli Parlimen pembangkang agar menjadi lebih efektif, berikutan penyokongnya meletakkan harapan tinggi terhadap beliau.

Semalam, PAS mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Ahmad Samsuri memenangi PRK Parlimen itu dengan majoriti 37,220, setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan