AM

Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

03/12/2023 08:07 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang, pukul 4.04 petang ini.

Laman Facebook PKR merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Chua.

“Beliau merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor selama lima tahun dari 2009 hingga 2014. Di bawah kepimpinan Chua, buat pertama kali PKR menang kerusi di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013,” menurut catatan tersebut hari ini.

Mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bakri selama lima penggal dari 1986 hingga 2008, merupakan Menteri Kesihatan yang berkhidmat paling lama di negara ini iaitu dari 1995 hingga 2004.

Chua aktif dalam politik bersama MCA pada 1976, sebelum menyertai PKR dan bertanding di Parlimen Segamat pada PRU13, serta tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan