POLITIK

Dakwaan Ahli Parlimen Kerajaan Akan Sokong Pn Hanya Spekulasi - Fahmi

02/12/2023 04:49 PM

SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Dakwaan pihak tertentu kononnya lebih ramai Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta supaya ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat. 

Beliau berkata kenyataan terbaru oleh seorang ahli politik pembangkang bahawa 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu, bukanlah perkara yang menghairankan.

“Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang, kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan, dan mereka sekarang dalam keadaan panik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan