KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ketua Pengarang ASTRO Awani Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) bagi tempoh 2023-2025.
Beliau menggantikan Datuk Mokhtar Hussain pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa pada Mesyuarat Agung ISWAMI 2023-2025, yang diadakan di sini hari ini.
Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dipilih sebagai Timbalan Presiden ISWAMI.
Ketua Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Kamarudin Mape pula dipilih sebagai Naib Presiden ISWAMI.
Jawatan Setiausaha Agung ISWAMI kekal disandang oleh Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Mohd Shukri Ishak.
Merakamkan ucapan terima kasih, Ashwad berharap ISWAMI dapat melakukan perubahan yang lebih besar untuk memberi impak kepada negara serta hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia.
“Kita akan mengukuhkan lagi peranan ISWAMI serta membawa ISWAMI ke peringkat lebih tinggi dan ke peringkat antarabangsa,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial