AM

Pejabat Exco Perak, Ptsb Sumbang Komputer Kepada Masjid Dan Ipd Kampar

29/11/2023 09:33 PM

KAMPAR, 29 Nov (Bernama) -- Prosontech Sdn Bhd (PTSB) dengan kerjasama Pejabat Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak menyumbangkan lapan komputer bernilai hampir RM10,000 kepada Masjid An-Nur di sini dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan meningkatkan literasi digital dalam kalangan komuniti dan memenuhi keperluan masyarakat khususnya terhadap bidang teknologi. 

“Usaha yang digerakkan melalui sumbangan ini juga wajar diberikan pujian dan saya berharap lebih banyak pihak swasta tampil bersama-sama dalam menyediakan apa jua kemudahan yang mampu membantu dan memberi nilai tambah kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program CSR Pejabat Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak bersama PTSB kepada Masjid An Nur dan IPD Kampar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PTSB Ahmad Razali Kamarulzaman, Pegawai Daerah Kampar merangkap Pengerusi Masjid An-Nur Nazrul Fazani Mohamad serta Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud.

Sementara itu, Ahmad Razali berkata meskipun sumbangan yang diberikan kepada Masjid An-Nur dan IPD Kampar itu mempunyai objektif berbeza, ia terarah kepada bantuan yang memberi nilai tambah serta memanfaat kepada kedua-dua pihak.

“Diharapkan juga, sumbangan kemudahan ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan