EKONOMI

Untung Bersih Suku Ketiga Mbsb Susut Kepada Rm32.84 Juta

29/11/2023 09:11 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysia Building Society Bhd (MBSB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 merosot kepada RM32.84 juta daripada RM58.96 juta tahun lepas.

Hasil bagi suku dalam tinjauan meningkat kepada RM746.20 juta daripada RM654.64 juta sebelum itu, dalam persekitaran deposit pelanggan yang tinggi.

Keuntungan bersihnya bagi asas sembilan bulan turun kepada RM190.66 juta daripada RM259.46 juta manakala hasil meningkat kepada RM2.12 bilion daripada RM1.98 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Jumlah deposit kumpulan meningkat sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam deposit berjangka," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan berasingan.

“Nisbah CASA (akaun simpanan dan akaun semasa)nya meningkat kepada enam peratus didorong oleh kempen CASA disasarkan yang dilancarkan tahun ini,” kata kumpulan itu.

MBSB memaklumkan kepada Bursa bahawa strategi perniagaannya untuk tahun akan datang akan lebih menumpukan pada mengukuhkan segmen runcit terasnya sambil menyasarkan kumpulan pelanggan komersial yang lebih luas untuk memudahkan pertumbuhan pembiayaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan