EKONOMI

Keuntungan Bersih Ppb Merosot Kepada Rm372.55 Juta

29/11/2023 07:20 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih PPB Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 merosot kepada RM372.55 juta daripada RM784.75 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan bagi tempoh dalam tinjauan adalah lebih rendah pada RM1. 46 bilion berbanding RM1.64 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2023, keuntungan bersih syarikat jatuh kepada RM952.91 juta daripada RM1.78 bilion.

“Kemerosotan dalam keuntungan adalah disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada Wilmar International Ltd iaitu sebanyak 63 peratus kepada RM268 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023 berbanding RM721 juta yang direkodkan pada suku ketiga tahun kewangan 2022 dan sebanyak 57 peratus kepada RM728 juta pada sembilan bulan tahun kewangan 2023 daripada RM1.71 bilion yang disaksikan semasa sembilan bulan tahun kewangan 2022,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

PPB ketika mengulas mengenai prospek bijirin dan perniagaan taninya berkata prestasi segmen bagi suku ketiga 2023 kekal teguh di belakang pasaran komoditi bijirin yang stabil.

'Ketegangan geopolitik global yang semakin meningkat mungkin mencetuskan ketidaktentuan selanjutnya pada harga bijirin global. Kelemahan ringgit yang berpanjangan juga boleh meningkatkan kos bahan mentah dan memberi tekanan kepada margin,” tambahnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan