AM

PENJAWAT AWAM SARAWAK TERIMA BKK DUA BULAN GAJI, PERSEKUTUAN RM600

29/11/2023 06:09 PM

KUCHING, 29 Nov (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM600 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun ini dan bantuan akan dibayar awal tahun depan.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, beliau berkata bantuan khas itu akan dibayar kepada kira-kira 28,000 penjawat awam negeri dan 130,000 penjawat awam persekutuan di Sarawak.

Beliau berkata pembayaran bantuan khas itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam di Sarawak dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggungjawab mereka dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.

"Sebab itulah pendapatan negeri kita semakin bertambah kerana perkhidmatan awam bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan