AM

Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan Tidak Berubah Pagi Ini

29/11/2023 10:31 AM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keadaan dan bilangan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan tidak berubah pagi ini.

Di TERENGGANU, sebanyak 31 mangsa daripada tujuh keluarga kekal berada di dua PPS di dua daerah setakat 8 pagi ini.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sejumlah 22 mangsa daripada lima keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di Kuala Terengganu, manakala sembilan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh di Setiu.

Walaupun situasi banjir di negeri itu dilihat hampir pulih, sekretariat jawatankuasa bencana itu mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada kerana hujan masih berterusan di beberapa tempat.

Sementara itu, di KELANTAN, jumlah mangsa banjir tidak berubah iaitu 438 orang daripada 137 keluarga setakat 7.30 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berlindung di empat PPS, masing-masing dua di jajahan Pasir Mas dan Bachok.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan