AM

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Pantai Timur Sehingga Rabu

27/11/2023 04:12 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan berterusan bermula hari ini hingga Rabu (29 Nov). 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan berikutan perkembangan cuaca itu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terenggganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang membabitkan Kuantan dan Pekan. 

Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan itu.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan