KOTA BHARU, 26 Nov (Bernama) -- Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan kali ini apabila ditemukan lemas di sungai berhampiran rumahnya dekat Kampung Kenari, di sini pada pukul 12.17 tengah hari tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini, untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam kenyataan memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada pukul 1.40 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan operasi mencari di kawasan bayi itu dilaporkan terjatuh.
"Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan bermain di belakang rumah sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial