PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan akan kembali memulakan tugas dalam masa terdekat.
Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini, Anwar berkata beliau sempat menziarahi Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir merasmikan karnival berkenaan.
“Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.
“Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit,” katanya.
Khamis lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah memuat naik catatan di Facebook rasminya bagi memaklumkan bahawa beliau dalam tempoh berehat selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan pada 16 Nov lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial