JENAYAH & MAHKAMAH

Sebuah Lagi Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom

22/11/2023 03:14 PM

GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) -- Sebuah sekolah antarabangsa di Batu Ferringhi dekat sini membuat laporan polis kerana menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ia menjadikan tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata sekolah itu menerima ancaman bom menerusi e-mel pada 9.42 pagi semalam namun membuat laporan polis pada 9.22 pagi hari ini.

"Sekolah itu telah terima satu e-mel daripada individu tidak dikenali (tasktstorrer@beeble.com) mengatakan bahan letupan telah ditanam di sekolah," katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata polis menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Tujuh laporan dibuat di Selangor, Kuala Lumpur (5), Johor (3), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.

Ancaman itu dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama 'taktstorer' yang bermaksud 'pengganggu ketenteraman' dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan