AM

Operator Taska Perlu Hubungi Penjaga Sekiranya Anak Tidak Hadir - Nancy

13/11/2023 11:07 AM

KUCHING, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta. 

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini selepas penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat.

“Namun ada yang saya tak boleh lakukan sebab ia di bawah kementerian berbeza... contohnya orang kata melarang penggunaan cermin kereta gelap. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya hanya boleh lakukan sesuatu yang di bawah bidang kuasa saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak di sini semalam. 

Setakat Oktober lepas sehingga kini, beliau berkata sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan