SUKAN

Veijer Rangkul Kejuaraan Sulung, Tamatkan Penantian 33 Tahun Belanda

12/11/2023 06:12 PM

SEPANG, 12 Nov (Bernama) -- Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP akhirnya berjaya merangkul kejuaraan Moto3 sulungnya dalam Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Lebih manis, Veijer menamatkan penantian selama 33 tahun negaranya selepas kali terakhir, Hans Spann muncul juara di GP Czechoslovak pada 1990.

Pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa 33 minit 30.072 saat untuk memastikan kejuaraan.

Rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki dari Jepun, menduduki tempat kedua dengan 33:30.138s manakala pendahulu kejuaraan semasa Jaume Masia dari Leopard Racing berada di tempat ketiga dengan 33:30.400s.

Sementara itu, satu lagi pengakhiran yang mengecewakan buat pelumba Malaysia Syarifuddin Azman, atau lebih dikenali sebagai Damok dari MT Helmets - MSI.

Damok, yang bermula dari petak terakhir terbabit kemalangan ketika hanya tinggal tiga pusingan tetapi berjaya meneruskannya sebelum menamatkan perlumbaan di tempat tercorot (ke-20) dengan 34:25.180s.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan