AM

Koperasi Nafas Selangor Teroka Perniagaan Baharu Dengan Pembukaan Nafas Function Hall

28/10/2023 04:57 PM

PETALING JAYA, 28 Okt (Bernama) -- Koperasi Warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Selangor Berhad, kini meluaskan cabang perniagaannya dalam bidang penganjuran majlis dengan pembukaan ‘NAFAS Function Hall’, di Taman Sains Selangor hari ini.

Pengurus Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad Mohamad Sarif Safian berkata dewan yang mampu memuatkan hingga 1,200 orang pada satu-satu masa itu, menawarkan kemudahan bagi pelbagai acara dan majlis termasuk majlis perkahwinan, korporat, graduasi, latihan, seminar dan majlis sambutan hari lahir.

“NAFAS Function Hall merupakan dewan majlis yang mesra orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, serta mempunyai kemudahan surau dan tempat letak kereta yang mencukupi,” katanya kepada pemberita pada pembukaannya hari ini.

Mohd Sarif berkata pakej yang disediakan termasuklah pelbagai perkhidmatan bagi penganjuran majlis, seperti perancang perkahwinan, pengurusan acara, katering, PA sistem, jurugambar, kru pengurusan trafik dan khidmat nasihat percuma.

Beliau berkata sempena pembukaannya hari ini, pihaknya menawarkan diskaun sehingga RM2,000 bagi majlis yang diadakan sebelum 1 Jan 2024.

Beliau berkata perniagaan penganjuran majlis, merupakan pelaburan terbesar bagi Koperasi Warga NAFAS yang kini mempunyai 404 ahli di seluruh negara, terdiri daripada warga kerja NAFAS dan subsidiarinya.

Sebelum ini Koperasi Warga NAFAS Selangor terlibat dalam perniagaan insurans dan takaful, perkhidmatan pembersihan, chalet dan penganjuran program rekreasi.

Maklumat lanjut mengenai dewan yang dibuka hari ini boleh diperolehi di akaun Facebook NAFAS Function Hall.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan