AM

Apmm Lupus 90 Bot Nelayan Asing Di Kelantan

27/10/2023 03:38 PM

KOTA BHARU, 27 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melupuskan 90 bot nelayan asing (BNA) yang dirampas kerana menceroboh perairan negara di Kelantan sejak 2015 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Mohd Norzam Mustafa berkata proses pelupusan itu dilakukan selepas bot-bot berkenaan dilucut hak oleh mahkamah.

"Ada tiga lagi bot nelayan asing di Tok Bali, Pasir Puteh yang masih dalam proses mahkamah dijangka dilupuskan tahun ini.Tindakan melupuskan bot dilakukan bagi memberi amaran serta memastikan perairan negara kita bebas daripada dicerobohi oleh nelayan warga asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses penenggelaman BNA bersama tukun tiruan di perairan Kuala Besar, di sini, dan turut hadir ialah Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman serta Pengurus Besar Kanan Aset Semenanjung Malaysia Petronas Carigali Sdn Bhd Hafiz Azzad Zubir.

Mohd Norzam berkata proses penenggelaman hari ini dilaksanakan dengan kerjasama Petronas.

"Program ini mencacat sejarah dalam Malaysia Book of Records apabila diiktiraf sebagai First Fishing Vessel with Artificial Concrete Reef berikutan berjaya melupuskan bot nelayan asing bersama tukun tiruan di perairan Kuala Besar” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan