AM

Mytv Gantung Siaran Awesome Tv Berkuat Kuasa 2 Nov Ini

19/10/2023 11:56 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 Nov ini.

MYTV dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan saluran televisyen swasta itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses antara kedua-dua pihak walaupun pelbagai jalan penyelesaian telah cuba diambil.

“Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

“MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dengan menawarkan kandungan tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun, Awesome TV masih boleh diikuti di saluran Astro.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan